Tuesday 25 March 2014

HOME


THE RED WARRIOR
piyaafc14
Biarpun tewas 1-0 kepada Selangor, Kelantan masih utuh lagi di kedudukan ketiga Liga Super 2014 tiada apa yang perlu dirisaukan meskipun keputusan perlawanan dan kehadiran penyokong yang mengecewakan masih menjadi topik hangat penyokong Kelantan pada malam semalam. Sindrom "tawar hebe sesudoh juara" kian menghantui bola sepak Kelantan sebagaimana pernah menghantui skuad Selangor sebelum ini.
Kebangkitan Kelantan pada 10 minit di Shah Alam malam tadi bagaikan serba tidak kena apabila banyak percubaan disia-siakan selain berjaya diselamatkan oleh Farizal Marlias. Semangat yang dipamerkan Kechik, Fakri dan Obinna banyak memberi ruang dan peluang kepada pemain lain namun tanpa Ghaddar barisan serangan kurang menyengat.

Kekalahan tipis 1-0 Kelantan kepada Selangor melalui jaringan sepakan penalti Paulo Ranger sedikit pun tidak merubah semangat pemain Kelantan untuk tampil lebih cemerlang dalam perlawanan menentang JDT selasa nanti. Kedudukan terkini Kelantan berada ditangga ketiga masih berkongsi 13 mata bersama Terengganu  di tangga teratas dan Pahangs di tangga kedua liga. Kelantan tetap berada dalam kedudukan selesa. Diharap penyokong Kelantan tidak memandang mudah perlawanan selasa ini dengan memilih menonton di kaca tv sahaja sekiranya ada siaran langsung, tindakan ini sedikit sebanyak menjejaskan kualiti permainan pasukan Kelantan.
Ayuh kita lupakan kekalahan semalam, kita fokus perlawanan menentang JDT sebuah perlawanan yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh penyokong di kedua-dua pasukan. GOMO KELATE GOMO.

2 comments:

*...A!niEy nAdiaH...* (_nedy_)
27 March 2014 at 07:26

Waduh2 dyo berblog nah loni..hehe
Eh gno nk polow blog mu nih? Xjupo button follow..

Unknown
1 April 2014 at 00:15

hahaha...lex di..aq tgh update nie

Post a Comment